CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI SINGAPURA

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI SINGAPURA

Published on 23 April 2021
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Transcript
00:03
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI SINGAPURA
00:04
GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL
00:06
DISEDIAKAN OLEH:NAMA: AHMAD SYAHIR ABD SAMAD NO. MATRIK: 260559
00:15
PENDAHULUAN
00:16
Cukai merupakan penyumbang terbesar kepada hasil kerajaan sesebuah negara. Wajib dibayar kepada kerajaan ke atas penggunaan pendapatan, kekayaan dan bagi memenuhi keperluan masyarakat dimasa hadapan. Hasil cukai yang dikutip dari pelbagai sektor ekonomi memainkan peranan yang penting dalam bajet perbelanjaan kerajaan. Dua jenis cukai yang biasanya dilaksanakan dikebanyakan negara iaitu cukai langsung dan tidak langsung Cukai tidak langsung dikutip oleh perantara dan ditanggung oleh pembeli yang membeli atau menggunakan perkhidmatan
00:25
Penubuhan GST di dunia dan Singapura
00:26
Mula diperkenalkan pada tahun 1954 di Perancis oleh Maurice Lauré bagi menggantikan sistem yang bergantung kepada cukai yang tidak menentu. GST telah diterima lebih dari 160 negara di dunia termasuk juga di semua negara anggota Kesatuan Eropah. Terdapat 3 jenis nilai yang ditambah dengan cukai GST iaitu jenis penggunaan, jenis pendapatan dan jenis terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK). GST Di Singapura mula diperkenalkan pada 1 April 1994. Akta GST dimodelkan dari undang-undang VAT UK dan undang-undang GST New Zealand. Kadar permulaan cukai semasa dilaksanakan adalah dengan kadar 3%. Dinaikkan kepada 4% pada 2003, 5% pada 2004 dan 7% pada 2007. Pada tahun 1986, Jawatankuasa Ekonomi telah mencadangkan supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada kebergantungan ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung.
00:33
CUKAI GST
00:34
Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu, perbadanan, syarikat dan lain-lain bagi menampung perbelanjaan negara. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sejenis cukai penggunaan yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Dikenali sebagai cukai yang terletak diantara cukai yang dikenakan keatas jualan dan cukai yang dikenakan keatas belian. Pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah yang ditetapkan. GST juga dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self policing.
00:40
CUKAI
00:41
Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu, perbadanan, syarikat dan lain-lain bagi menampung perbelanjaan negara. Hasil dari kutipan cukai digunakan oleh kerajaan dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan negara. Dikenakan ke atas penggunaan pendapatan, kekayaan dan sebagainya.
00:48
TUJUAN CUKAI
00:49
Ia dilaksanakan untuk membenarkan lebih ramai orang menanggung beban cukai untuk menambahkan lebih banyak pendapatan kepada negara Meningkatkan lagi daya saing di peringkat global untuk menarik lebih banyak pelaburan luar serta mengekalkan permbangunan ekonomi dan menghasilkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi. Hasil cukai GST juga digunakan bagi membiayai perbelanjaan kerajaan dan dapat digunakan bagi memenuhi keperluan masyarakat di masa hadapan.
00:57
PENGELASAN CUKAI
00:58
Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS) bertindak sebagai ejen kerajaan Singapura dan mentadbir, menilai, mengumpulkan dan menguatkuasakan pembayaran GST.Syarikat yang berdaftar GST perlu mengutip cukai daripada pelanggan pada pembekalan barang dan perkhidmatan dan menyerahkan GST yang dikenakan kepada IRAS.Syarikat diberi pilihan sama ada mengenakan GST di atas harga jualan atau menyerap GST dengan menganggap harga tersebut termasuk GST. Kegagalan memaparkan harga termasuk GST kepada orang ramai adalah suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan denda.
01:06
1. TEKNIK CUKAI - Teknik cukai yang dijalankan di Singapura menggunakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). GST adalah bersandarkan kepada insiden ekonomi. 2. ASAS CUKAI - Asas cukai bagi cukai GST yang digunakan di Singapura adalah dari sudut penggunaan dan juga urusniaga. 3. STRUKTUR KADAR CUKAI - Kadar cukai GST di Singapura berbentuk proposional kerana kadar cukai yang dikenakan adalah tetap dan sama ke atas semua lapisan masyarakat. Cukai progresif adalah kadar cukai yang semakin bertambah apabila nilai asas cukai meningkat.
01:07
PENGELASAN CUKAI
01:13
KADAR CUKAI
01:14
Hanya satu kadar sahaja digunakan di Singapura bagi memudahkan kerajaan mentadbir serta mengurus sistem percukaian. Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa itu. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah, pengguna akan mendapat manfaat daripadanya kerana kebanyakan daripada barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.
01:23
PRINSIP PERCUKAIAN
01:24
1. PRINSIP EKUITI - Semua barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa tidak dikenakan cukai. pelaksanaan offset package juga dilaksanakan serentak bagi meringankan beban isi rumah dan individu berpendapatan rendah dengan pemberian subsidi melibatkan cukai ekuiti. 2. PRINSIP KECEKAPAN EKONOMI - Cukai asas dijangka akan semakin mengecil di masa akan datang dengan peluasan cukai GST. GST dapat mengimbangi asas cukai langsung dengan agihan beban cukai kepada lebih ramai orang. Hasil kutipan cukai dapat diagihkan semula dalam bentuk kemudahan awam yang lebih baik 3. KEBERKESANAN PENTADBIRAN - Tiga perkara utama iaitu kos pentadbiran, kos pematuhan dan kos-kos lain. Dari segi pentadbiran GST di Singapura menggunakan undang-undang dari VAT UK dan undang-undang GST New Zealand. Dari segi kos pematuhan, teknologi terkini digunakan dan dipermudahkan iaitu hasil kutipan GST boleh disalurkan melalui GIRO secara atas talian.
01:32
KESIMPULAN
01:33
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran. Pelaksanaan GST dilihat dapat mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat Meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
01:39
ANALISIS KESAN CUKAI TERHADAP KERAJAAN DAN MASYARAKAT
01:40
Keperluan peningkatan pendapatan kerajaan perlu dipantau berdasarkan penilaian ekonomi semasa.Cukai tidak langsung yang berlebihan juga memberi implikasi negatif dalam ekonomi sesebuah negara kepada masyarakat.Pertumbuhan ekonomi domestik meningkat dengan pelaksanaan GST. Dapat meningkatkan daya saing negara terhadap pelaburan dan mengurangkan pendedahan risiko turun naik ekonomi.GST juga bukan sahaja memberikan nilai kepada masyarakat dan perniagaan tetapi juga mengurangkan aktiviti lari dari membayar cukai.
01:46
1. IMPLIKASI CUKAI KEPADA KERAJAAN - Menstabilkan ekonomi domestik serta meningkatkan daya saing negara kepada pelaburan. - Memberi hasil pendapatan cukai yang stabil dan dapat diramalkan dalam persekitaran ekonomi baik dan lemah. GST juga adalah suatu cukai yang cekap kerana kos pentadbiran dan pungutannya yang lebih rendah.
01:47
ANALISIS KESAN CUKAI TERHADAP KERAJAAN DAN MASYARAKAT
01:54
IMPLIKASI CUKAI KEPADA MASYARAKAT
01:55
GST adalah sistem cukai yang telus. Cukai ini dikenakan kepada mereka yang bekerja sendiri dan yang memperoleh gaji. Simpanan dan pelaburan individu tidak akan dikenakan cukai bagi menggalakkan lagi masyarakat menyimpan dan melabur dalam aktiviti produktif. Perniagaan anda akan menjadi tumpuan kepada pelanggan bahawa perniagaan anda adalah sebuah perniagaan maju dan kukuh. Kos untuk menjalankan perniagaan dapat dikurangkan dan menyumbang kepada penurunan harga barangan dan perkhidmatan.
02:00
1. OFFSET PACKAGE -Singapura melebarkan offset package dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu, dalam bentuk bayaran tunai seperti kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi, bonus warga emas dan penambahan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (CPF). - Pemberian rebat offset package di atas caj utiliti dan penyelengaraan rumah awam dan pelaksanaan program tambahan pendapatan pekerja. 2. PENURUNAN KADAR CUKAI - Kerajaan Singapura telah menurunkan kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai diluaskan. - Cukai hartanah juga diturunkan.
02:01
IMPLIKASI CUKAI KEPADA MASYARAKAT
02:12
Penutup
02:13
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Singapura memberikan kesan yang positif dalam kewangan. Banyak manfaat dari kutipan GST dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan negara, bantuan kepada rakyat serta subsidi makanan.GST adalah langkah yang terbaik bagi mengukuhkan ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa panjang.Pelaksanaan GST meningkatkan hasil cukai dan kecekapan mereka.