Assalamualaikum semua murid,
hari ini kita akan sama-sama
membaca sebuah cerita pendek
tentang aini
yang membantu ibunya
berkebun hujung minggu.
00:10
Setiap hari minggu, Aini membantu ibunya,
Puan Sofea membersihkan pokok hiasan di
halaman rumah mereka. Di halaman rumah
mereka terdapat pelbagai jenis pokok hiasan
yang ditanam oleh ibunya.
00:20
Antara pokok hiasan yang ditanam oleh Puan Sofea
ialah orkid, misai kucing, lidah buaya dan kaktus.
Puan Sofea menggunakan peralatan berkebun untuk
membersihkan pokok hiasannya. Puan Sofea membuang
daun-daun pokok yang mati, manakala Aini pula
membantu ibunya menyiram pokok-pokok hiasan
tersebut agar kekal subur.
00:30
Selesai membersihkan tanaman, Puan Sofea
menyimpan peralatan yang digunakan di dalam
stor kerana peralatan tersebut tajam dan
berbahaya. Antaranya ialah gunting, sekateur,
penggembur dan sudip tangan. Tanaman mereka
hidup subur sekali gus menceriakan kediaman
mereka.
00:40
SEKIAN JOM KITA SAMA-SAMA MELAKUKAN
AKTIVITI PENGUKUHAN