LUQMAN's Personal Gallery

Every weekday, Aini helps her mother, Mrs. Sofea clean the decorative trees in their yard.

Every weekday, Aini helps her mother, Mrs. Sofea clean the decorative trees in their yard.

Published on 12 March 2023

A Moovly project generated with GPT.

  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Transcript
00:01
Assalamualaikum semua murid, hari ini kita akan sama-sama membaca sebuah cerita pendek tentang aini yang membantu ibunya berkebun hujung minggu.
00:10
Setiap hari minggu, Aini membantu ibunya, Puan Sofea membersihkan pokok hiasan di halaman rumah mereka. Di halaman rumah mereka terdapat pelbagai jenis pokok hiasan yang ditanam oleh ibunya.
00:20
Antara pokok hiasan yang ditanam oleh Puan Sofea ialah orkid, misai kucing, lidah buaya dan kaktus. Puan Sofea menggunakan peralatan berkebun untuk membersihkan pokok hiasannya. Puan Sofea membuang daun-daun pokok yang mati, manakala Aini pula membantu ibunya menyiram pokok-pokok hiasan tersebut agar kekal subur.
00:30
Selesai membersihkan tanaman, Puan Sofea menyimpan peralatan yang digunakan di dalam stor kerana peralatan tersebut tajam dan berbahaya. Antaranya ialah gunting, sekateur, penggembur dan sudip tangan. Tanaman mereka hidup subur sekali gus menceriakan kediaman mereka.
00:40
SEKIAN JOM KITA SAMA-SAMA MELAKUKAN AKTIVITI PENGUKUHAN